Siri aksi nyata Cowboy Bebop keluaran Netflix akan tiba di platform tersebut pada 19 November kelak, dan terkini, Netflix telah mengeluarkan sebuah lagi video treler baru yang menunjukkan lebih banyak lakonan watak, jalan cerita dan juga aksi yang boleh dipertontonkan dalam siri tersebut.

Tiga watak utama siri ini, iaitu Spike Spiegel, Jet Black dan Faye Valentine dilakonkan oleh John Cho, Mustafa Shakir dan Daniella PIneda yang mana apabila dilihat dalam treler ini merupakan gabungan yang cukup baik sekali.

Berbeza dengan video “Lost Session” yang memperlihatkan adegan-adegan penuh aksi, didalam video ini kita dapat melihat lebih banyak jalan cerita dan sejarah mengenai Spike Spiegel, dan hubungannya dengan watak-watak Jet Black dan juga Faye Valentine.

Apa-apa pun, kami tidak sabar untuk menonton siri televisyen ini, khususnya kerana melalui video-video awal yang dipertontonkan, ia dilihat sebagai salah satu olahan aksi nyata siri anime yang nampaknya tidak akan mengecewakan.

Leave a Reply