Ingin lihat gandingan Black Adam, Wonder Woman dan Deadpool dalam satu filem? Jangan harap, lawak dalam filem mungkin – untuk ketiga-tiga watak muncul dalam satu filem tidak akan. Tetapi pelakon-pelakonnya akan berganding bahu dalam filem Netflix Red Notice – iaitu The Rock, Gal Gadot dan Ryan Reynolds.

Filem ini berkisar dengan John Hartley lakonan The Rock cuba menangkap pencuri The Bishop (Gal Gadot) dengan bantuan Nolan Booth (Ryan Reynolds). Filem pula diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber yang turut mengarahkan We’re the MillersCentral Intelligence, dan Skyscraper sebelum ini.

Treler baharu baru-baru ini telah dipertontonkan. Kita boleh lihat dalam treler yang filem ini padat dengan aksi menarik, aksi penipuan, aksi dungu ala Deadpool, kehebatan The Rock seperti dalam filem aksi beliau yang lain serta kejelitaan Gal Gadot beraksi. Ia juga penuh dengan lawak jenaka yang pasti akan menggelikan hati.

Filem ini akan tiba pada 12 November 2021 akan datang di Netflix Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini