Siri aksi nyata Cowboy Bebop akan hadir ke Netflix pada bulan November kelak, dimana siri animenya hadir untuk tontonan ramai bermula hari ini bagi mereka yang belum pernah menontonnya, ataupun mereka yang mahu merasa nostalgia anime zaman 90an.
Baru-baru ini, Netflix telah menunjukkan video acah yang bertajuk “Lost Session” yang menunjukkan sedikit apa yang penonton boleh jangkakan pada siri aksi nyata tersebut. Video tersebut, yang mempunyai durasi sekitar dua minit memperlihatkan beberapa babak penuh aksi yang hadir dengan suntingan yang sangat dinamik dan menarik sekali.
Dialog yang diperdengarkan juga sedikit dangkal, tetapi bagi saya yang sudah menonton siri anime sebelum ini, perkara ini adalah biasa sahaja.
Bagi saya, apa yang sangat menarik mengenai video acah ini ialah ia memberi saya harapan bahawa siri aksi nyata ini akan hadir dengan gaya suntingan yang sangat menarik ini. Saya pasti jika anda berada atas pagar ataupun tidak begitu pasti dengan siri ini, ia akan memberi sedikit keyakinan terhadap siri ini.
Siri aksi nyata Cowboy Bebop akan tiba ke Netflix pada 19 November ini.


