Skip to main content

Treler pertama filem The Batman diperlihatkan semasa acara maya DC FanDome 2020. Ia menerima sambutan hangat, dan ramai tidak sabar nantikan kehadiran filem ini dan juga treler kedua baginya.

Terkini, semasa acara DC FanDome 2021 – treler kedua telah dipertontonkan.

Treler ini memperlihatkan aksi yang gila hebat. Filem ini padat dengan pelbagai aksi menarik daripada Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne/The Batman. Selain itu, aksi Cat Wooman, Penguin, The Riddler dan ramai lagi turut didedahkan. Aksi BatMobile baharu juga didedahkan dalam treler ini.

Filem ini mengisarkan Batman di awal tahun beliau menjadi adiwira dalam Gotham, masih ganas dan masih belajar lagi cara menjadi adiwira. Filem ini akan ditayangkan pada 4 Mac 2022.

Leave a Reply