Treler Penuh “Peacemaker” Dipertontonkan

Peacemaker adalah siri TV adiwira baharu untuk HBO Max dan HBO Go. Ia adalah kisah sampingan kepada filem The Suicide Squad, iaitu olahan semula dan sekuel (Soft Reboot) kepada filem Suicide Squad asal. Siri TV ini juga merupakan sekuel kepada The Suicide Squad dan akan menceritakan asal-usul watak lakonan John Cena ini.

Terkini di acara maya DC FanDome 2021, treler penuh pertama dipertontonkan selepas klip khas diperlihatkan beberapa minggu lalu.

Treler ini dilihat bersambung secara terus daripada adegan pasca-kredit filem The Suicide Squad. Beliau mengesahkan diri sebagai hero dan bukannya penjahat kerana hanya membunuh orang jahat dan tidak membunuh orang baik. Ia menerokai misi-misi Peacemaker, persahabatan dan juga hubungan di antara beliau dan bapanya.

Treler ini turut mendedahkan yang siri TV ini penuh dengan adegan lucu, aksi dan kisah yang pasti akan membuatkan semua orang terhibur dan terkejut. Ia akan disiarkan di HBO Max pada 13 Januari dan di Malaysia siaran adalah di HBO Go.

Sohor Kini