Studio Ghibli cukup terkenal dengan filem-filem animasi 2D mereka, seperti Princess Mononoke, Spirited Away, Kiki’s Delivery Service dah sebagainya pada penghujung tahun lepas telah menayangkan filem animasi 3D pertama mereka yang dinamakan Earwig And The Witch.
Baru-baru ini, Netflix telah mengumumkan bahawa filem tersebut akan hadir di platform mereka pada 18 haribulan Oktober ini. Filem ini adalah berdasarkan novel dengan tajuk sama yang ditulis oleh Diana Wynn Jones. Ia menceritakan tentang Earwig, seorang kanak-kanak perempuan yang menghadapi pelbagai jenis cabaran apabila dia harus hidup di sebuah rumah anak yatim.
Filem animasi ini, yang hadir dengan nama Aya And The Witch di Jepun, diarah oleh Goro Miyazaki, anak kepada pengarah dan pengasas Studio Ghibli yang sebelum ini telah mengarah filem animasi Tales of Earthsea juga.