Selepas empat musim Money Heist disiarkan, akhirnya ia akan tamat dengan musim kelima. Musim kelima bahagian pertama sudah pun disiarkan dan ianya tergantung. Peminat siri TV ini semua sedang nantikan kesinambungannya yang juga merupakan penamat bagi siri TV ini.

Netflix hari ini telah mempertontonkan treler bagi musim kelima bahagian kedua untuk Money Heist.

Seorang ahli penting pasukan perompak ini telah mati dalam bahagian pertama lalu, tetapi ancaman daripada pihak berkuasa masih ada dan ketidakadilan pihak berkuasa lakukan pada mereka juga membuatkan orang awam marah. Treler ini hanya mendedahkan sedikit klip sahaja yang mana akan ada aksi lebih hebat berlaku.

The Professor lakonan Álvaro Morte menyatakan yang beliau tidak akan membenarkan orang lain mati demi rompakan ini. Adakah beliau akan melibatkan diri secara terus ke Bank of Spain? Apa lagi yang akan berlaku? Sama-sama kita nantikan siaran siri TV ini pada 3 Disember akan datang.

Sohor Kini