Apple baru-baru ini telah terbitkan treler bagai siri TV baharu The Shrink Next Door. Ia adalah siri TV yang diadaptasi daripada kisah benar dan juga podcast dengan judul yang sama.

Mengisahkan pakar Psikiatri Dr. Isaac Ike Herschkopf (Paul Rudd) yang memanipulasi pesakit beliau Martin Marty Markowitz (Will Ferrell) selama lebih sedekad. Isteri kepada Dr. Ike iatu Bonnie (Casey Wilson) turut terlibat dengan agenda manipulasi ini, tetapi kakak beliau Phylilis (Kathryn Hahn) tidak.

Ia dilihat adalah satu drama serius dengan elemen komedi. Terdapat lapan episod, di mana tiga episod pertama akan disiarkan pada 12 November akan datang dengan episod seterusnya pada setiap Jumaat sehingga 17 Disember.

Siri TV ini diarahkan oleh Michael Showalter dan Jesse Peretz, berdasarkan skrip oleh Georgia Pritchett.

Sohor Kini