Scream adalah francais filem slasher, iaitu seram pembunuhan misteri. Ia mula ditayangkan pada tahun 1996, dan diteruskan dengan filem kedua sehingga keempat pada 1997, 2000 dan 2011. Ia turut mempunyai tiga siri TV.

Filem ini memfokuskan kepada pembunuh yang digelar sebagai Ghostface. Pembunuhnya adalah rawak dan berubah-berubah disebabkan dendam, cemburu dan sebagainya.

Terkini, Paramount Pictures telah hadir dengan filem kelima sebagai sekuel dan juga menggunakan konsep soft reboot sambil ia masih berkait dan memberi hormat pada filem asal. Berikut adalah treler pertama.

Treler ini dimulakan dengan adegan yang ikonik yang pasti akan mengimbau kembali filem lama. Tetapi dengan iterasi moden. Sejurus selepas kes pembunuhan berlaku, Dewey kembali memberi nasihat dan turut mengumpulkan Gale dan Sidney untuk membantu para remaja yang diserang.

Filem ini berlaku selepas 25 tahun peristiwa lepas berlaku di bandar Woodsboro. Ghostface telah kembali membunuh remaja untuk mendedahkan rahsia bandar ini. David Arquette kembali sebagai Dewey Riley, Courtney Cox turut kembali sebagai Gale Weathers, sudah semestinya Neve Campbell sebagai Sidney Prescott turut terlibat dengan filem ini.

Pelakon lain adalah Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Jack Quaid, Marley Shelton, Jasmin Savoy Brown, dan Sonia Ammar. Roger L. Jackson turut kembali meminjamkan suara beliau untuk watak Ghostface.

Filem ini akan ditayangkan pada 20 Januari 2022.

Sohor Kini