WandaVision adalah siri TV pertama MCU yang rasmi yang berkait secara terus dengan dunia filem-filem Marvel Cinematic Universe. Ia juga merupakan siri TV pertama MCU yang disiarkan di Disney+. Siri ini adalah romantik komedi dengan drama yang serius menceritakan kisah hiduo Wanda Maximoff/Scarlett Witch lakonan Elizabeth Olsen yang derita akibat kematian Vision.

Siri TV ini turut memperkenalkan beberapa watak baharu yang menarik, sepergi Agatha Harkness/Agnes lakonan Kathryn Hahn, Monica Rambeau lakonan Teyonah Parris atau juga Ralph Bohner/Peter Maximoff lakonan Evan Peters. Vision versi baharu turut diperkenalkan dalam siri TV ini.

Baru-baru ini menurut Variety, Disney sedang membangunkan siri TV sampingan memfokuskan watak Agatha – sekali lagi lakonan oleh Kathryn Hahn. Jac Schaeffer akan kembali sebagai penulis dan turut akan menjadi penerbit eksekutif. Walau bagaimanapun butiran mengenai siri TV ini seperti garis masa, pelakon, tarikh siaran dan lain-lain lagi masih belum didedahkan lagi.

Sohor Kini