The Harder They Fall. Ia adalah filem dengan tema koboi memfokuskan watak-watak berkulit gelap. Ia mengisahkan ahli pasukan Rufus Buck (Idirs Elba) telah membebaskan beliau daripada tahanan, dan sebagai hero Nat Love (Jonathan Majors) mengumpulkan ahli-ahli pasukan beliau untuk memburu dan menghentikan kekejaman serta membalas dendam kepada Rufus.

Melalui treler baharu yang Netflix terbit, sekali lagi ia memperlihatkan pelbagai aksi menarik yang gila ganas yang penuh dengan darah. Walaupun ada konflik di antara dua pasukan koboi ini, elemen komedi yang gila turut diselitkan. Filem ini juga dilihat membawakan satu penceritaan yang menarik dan mempunyai konsep koboi yang berbeza.

Di pihak Rufus adalah “Treacherous” Trudy Smith lakonan Regina King dan Cherokee Bill lakonan LaKeith Stanfield iaitu pasukan yang tidak tahu apa itu erti kalah. Manakala di pihak Nat pula adalah bekas kekasih beliau Stagecoach Mary lakonan Zazie Beetz, si panas baran Bill Pickett lakonan Edi Gathegi dan si tangkas mengendali pistol Jim Beckwourth lakonan R.J. Cyler yang sebelum ini adalah lawan yang kini menjadi kawan.

Filem ini akan tiba di Neflix Malaysia pada 3 November akan datang.

Sohor Kini