Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings adalah antara filem terbaharu Marvel Studios dan Disney yang akan tiba di pawagam Malaysia. Ia merupakan filem dalam MCU fasa keempat dan memfokuskan kepada watak Shang-Chi lakonan Simu Liu.

Tony Leung, Awkwafina, Michelle Yeoh, dan ramai lagi turut terlibat dalam filem ini. Filem ini akan mendedahkan lebih lanjut kisah legenda di sebalik Ten Rings yang mula muncul sejak filem Iron Man pertama lagi. Filem ini sudah ditayangkan di negara luar sejak 3 September lalu, dan kini GSC serta TGV telah mengumumkan yang tayangan di Malaysia bermula lebih awal daripada jadual asal – 7 Oktober.

Filem ini akan mula ditayangkan di GSC dan TGV yang sudah dibuka bermula 30 September ini. Tiket juga sudah boleh dibeli. Bagi mereka yang ingin tonton filem ini, pastikan anda mengikut SOP yang telah ditetapkan serta sudah menerima vaksin penuh.

Teruskan ikuti kami di Aksiz untuk ulasan filem ini.

Sohor Kini