Filem sains fiksyen seperti The Martian, Interstellar, Gravity apabila ditonton amat memuaskan kerana konsep yang menarik serta mempunyai sinematografi yang cantik dan unik. Bayangkan kalau konsep seperti ini dengan kualiti yang sama ada pada siri TV, itulah yang Apple tawarkan kepada pelanggan Apple TV+ melalui Invasion.

Siri mengenai makhluk asing yang sudah lama ada di bumi, menyamar sebagai manusia. Kemudian mereka memusnahkan bumi dan manusia semua menjadi mangsa. Ia dihasilkan oleh Simon Kinberg iaitu individu di sebalik filem X-Men, Deadpool dan The Martian. Simon turut dibantu oleh David Weil iaitu individu di sebalik Hunters.

Siri TV ini mempunyai 10 episod dan berlaku di seluruh dunia dengan pelbagai bahasa serta menceritakan daripadapelbagai perspektif pelbagai watak. Antara pelakon siri TV ini adalah Shamier Anderson (“Bruised,” “Awake”), Golshifteh Farahani (“Extraction,” “Paterson,” “Body of Lies”), Sam Neill (“Jurassic World: Dominion,” “Peaky Blinders”), Firas Nassar (“Fauda”) dan juga Shioli Kutsuna (“Deadpool 2,” “The Outsider”).

Jakob Verbruggen adalah pengarah yang sebelum ini terlibat dengan siri TV The Alienist dan The Fall. Disamping itu beliau turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama dengan Audrey Chon, Amy Kaufman dan Elisa Ellis. Penulis Andrew Baldwin turut menjadi penerbit eksekutif bersama dengan Katie O’Connell Marsh daripada studio yang menghasilkan siri TV ini – Boat Rocker Studios.

Tiga episod pertama akan disiarkan pada 22 Oktober ini.

 

Sohor Kini