Dalam sejarah francais filem Halloween, filem olahan semula pada tahun 2018 ayang juga merupakan sekuel kepada filem lepas adalah antara yang paling berjaya. Filem ini berjaya mengutip $250 juta – iaitu kutipan tertinggi di dalam sejarah filem Halloween.

Pasukan yang sama kini kembali dengan filem terakhir (harapnya), iaitu Halloween Kills. Kali ini anak beranak Strode berganding bahu dengan mangsa-mangsa Michael yang selamat daripada peristiwa sebelum untuk memastikan Michael mati dan menghentikan pembunuhan maraton ini selama-lamanya.

Melalui treler yang dikongsi, Michael Myers di sebalik topeng seram ini semakin mengganas. Walaupun sepatutnya sudah mati rentung dalam filem lepas, beliau masih terselamat dan menyerang semua orang tidak kira yang tua atau muda. Ia juga mengacah yang Laurie mungkin berjaya menanggalkan topeng Michael dan mendedahkan wajah sebenar pembunuh bersiri gila ini.

Adakah beliau masih manusia? Adakah beliau entiti lain? Kenapa masih hidup dan tak mati-mati? Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini di pawagam 14 Oktober kelak.

Sohor Kini