Bulan Mei lalu kami melaporkan yang Tom Hanks akan kembali dengan filem Apple TV+ Originals. Filem ini adalah Finch yang bertempatkan di masa hadapan dengan elemen robotik, kekeluargaan dan juga pengembaraan.

Selepas sekian lama menanti, terler pertama dipertontonkan oleh Apple hari ini.

Seperti judul filem Finch adalah nama watak lakonan Tom Hanks, iaitu seorang jurutera yang masih hidup selepas sedekad peristiwa kata-klismik solar berlaku di bumi. Beliau ditemani dengan seekor anjing yang diberi naa Goodyear dan turut membina sebuah robot yang menggelar dirinya sendiri sebagai Jeff.

Jeff dibina untuk menjaga Goodyear jika Finch mati. Filem ini akan menceritakan kisah pengembaraan keluarga aneh ini iaitu seorang manusia, seekor anjing dan sebuah robot yang pintar.

Filem ini diarahkan oleh Miguel Sapochnik, ditulis oleh Craig Luck dan Ivor Powell, diterbit oleh Kevin Misher, Jack Rapke, Jacqueline Levine dan Ivor Powell, manakala Robert Zemeckis, Miguel Sapochnik, Adam Merims, Craig Luck, Andy Berman, Frank Smith dan juga, Naia Cucukov sebagai penerbit eksekutif.

Filem lakonan Tom Hanks dan Caleb Landry Jones ini akan disiarkan di Apple TV+ pada 5 November akan datang.

Sohor Kini