Setelah ketibaan siri televisyen WandaVision, Falcon and The Winter Soldier dan Loki, siri televisyen berdasarkan Marvel Cinematic Universe seterusnya nampaknya disahkan ialah Hawkeye, satu lagi watak MCU yang akan ke skrin Disney+ tidak lama lagi.

Disney baru sahaja mengeluarkan video treler pertama siri ini, dan ia memperlihatkan Jeremy Renner kembali untuk memainkan watak Hawkeye dalam siri televisyen ini. Daripada video acah ini, ia dapat dilihat bahawa jalan cerita siri ini, seperti siri-siri Disney+ yang lain akan menggabungkan adegan-adegan aksi yang dicampurkan dengan elemen komedi, satu formula yang dilihat berkesan untuk mereka setakat ini.

Video treler ini juga mengesahkan kehadiran watak komik Hawkeye versi Kate Bishop, yang akan dilakonkan oleh Hailee Steinfeld. Dari segi jalur masa, kita hanya tahu bahawa siri televisyen ini berlaku sekitar waktu musim cuti Krismas, tetapi butiran khusus mengenai jalan cerita tidak diketahui lagi.

Dalam video treler ini, Disney juga telah mengesahkan bahawa Hawkeye akan disiarkan di Netflix pada hari Rabu, 24 November 2021 sama seperti siri televisyen Disney yang lain seperti Falcon and The Winter Soldier dan Loki.

Sohor Kini