Dexter: New Blood adalah musim terbaru siri TV Dexter, yang bersambung secara terus daripada pengakhiran musim kelapan. Melalui beberapa treler dan informasi, watak Dexter lakonan Michael C. Hall ini dilihat masih misteri – kerana tidak tahu adakah beliau sudah berubah atau masih lagi seorang pembunuh yang kejam?

Treler baharu bagi siri TV ini telah diterbitkan baru-baru ini.

Melalui treler ini, ia dilihat Dexter telah hidup bahagia dengan identiti baharu dan amat ramah di sebuah bandar kecil di Iron Lake, New York. Tetapi ada beberapa kes pembunuhan bersiri kejam berlaku dan mangsanya adalah remaja para remaja. Menjadi persoalan adalah, siapakah pembunuh ini? Adakah ia masih Dexter atau ada orang lain.

Treler baharu ini turut membawa kejutan seperti mengembalikan kembalinya anak beliau yang sudah dewasa, Harrison yang dilakonkan oleh Jack Alcott dan juga kembalinya watak adik beliau (imaginasi? mimpi?). Siri TV dengan 10 episod ini turut menyatakan yang The Dark Passenger (keinginan membunuh Dexter) mungkin kembali. Sama-sama kita nantikan siaran siri TV ini bermula.

Sohor Kini