Michael K Williams, pelakon yang terkenal dengan watak Omar Little dari siri The Wire meninggal dunia pagi ini pada usia 54 tahun disyaki akibat penyalahgunaan dadah menurut laporan Variety. Sebagai Omar Little, Williams menjadi watak yang paling ditakuti di dalam siri The Wire dan kemudiannya turut berlakon di dalam dua lagi siri popular HBO iaitu Boardwark Empire dan Lovecraft Country sehingga mendapat pencalonan Emmy.

Sepanjang kerjaya beliau, Williams memenangi lima anugerah Emmy dan melakonkan pelbagai watak yang diingati ramai penonton. Kematian beliau mengejutkan peminat dan rakan industri pagi ini dengan status ucapan takziah telah dihantar oleh Edward Norton, Eljah Wood, Stephen King, dan banyak lagi.

Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai penari latar di dalam video muzik Madonna, George Michael dan Missy Elliot. Selepas terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkan wajah beliau mempunyai parut yang panjang, kerjaya kedua sebagai pelakon bermula pada tahun 1996 di dalam filem Bullet bersama Tupac Shakur dan Mickey Rourke.

Selamat tinggal Michael Kenneth Wiliams. Kamu hidup dan mati sebagai legenda yang tidak akan dilupakan. Omar is dead, long live Omar.

Sohor Kini