Transformers ialah siri animasi yang mengubah dunia. Permainannya mendapat sambutan ramai dan memulakan genre kenderaan yang boleh berubah menjadi robot. Siapa sangka siri animasi yang mengitar semula permainan dari Jepun boleh meninggalkan impak yang besar sehingga generasi sekarang. Bagi yang ingin menonton kesemua episode siri animasi Transformers, anda kini boleh menontonnya secara percuma di YouTube.

https://www.youtube.com/watch?v=Y1ujpoDlgRU&list=PLD3dCMp2WHiwrVPo2XaZpkWp3K3xpx3h8

Tontonan percuma diberikan sempena ulang tahun ke-35 animasi ini ke udara dan dengan kembalinya Transformers The Movie ke layar perak kelak. Ini selari juga dengan pelancaran Blu-Ray Transformers The Movie pada resolusi 4K kelak. Pada waktu ini hanya musim pertama boleh ditonton dengan musim seterusnya diberikan pada minggu-minggu akan datang menerusi saluran Hasbro Pulse. Selamat menonton dan mengimbau zaman dahulu ketika kita semua masih belum mumaiyiz.

Sohor Kini