Nurflix merupakan perkhidmatan penstriman video yang memfokuskan kepada kandungan Islamik, dan kini turut telah menambah beberapa kandungan berbentuk animasi.

Dua animasi yang kini tersedia pada platform Nurflix untuk ditonton ramai adalah animasi Habibullah yang mengisahkan kisah kehidupan Rasulullah SAW, selain Kalimullah yang memfokuskan kepada kisah hidup Nabi Musa AS.

Disamping kedua-dua animasi ini, pihak Nurflix turut mengumumkan bakal menambah beberapa siri animasi lain secara berperingkat, termasuk berkenaan dengan Nabi Adam dan Nabi Nuh dalam masa terdekat, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof pada pertengahan September, dan akhir sekali kisah Nabi Sulaiman pada Oktober 2021 kelak.

Nurflix boleh diakses melalui web, selain turut menyediakan aplikasi untuk pengguna Android dan iPhone.

Layari : Nurflix

Sohor Kini