Terdapat terlalu banyak platform penstriman ditawarkan di Malaysia sekarang sehingga kini pengguna berfikir beberapa kali sebelum melakukan komitmen melanggan. Tetapi jika anda masih berfikir dua kali untuk melanggan Apple TV+, mereka kini menawarkan tontonan percuma keseluruhan musim pertama siri Home Before Dark secara percuma.

Apple hanya mengatakan penawaran ini adalah untuk jangka masa yang terhad tanpa tarikh bilakah ia akan berakhir. Home Before Dark ialah siri mengenai seorang kanak-kanak yang menjadi penyiasat muda yang cuba merungkai misteri yang berlaku di bandar semasa melawat ayah beliau. Bagi yang berminat untuk menonton Home Before Dark ia boleh distrim menerusi pautan ini.

Sohor Kini