Up adalah filem animasi Pixar dan Disney yang ditayangkan pada tahun 2009. Ia mengisahkan seorang warga tua Carl Fredricksen yang mengembara ke Paradise Falls dengan rumah beliau yang terapung dengan belon. Siapa sahaja tidak ingat akan adegan ikonik ini?

Filem ini diarahkan oleh Pete Docter dan Bob Peterson, Edward Asner sebagai Carl, Jordan Nagai sebagai Russel iaitu seorang pengakap kanak-kanak dan juga anjing yang boleh bercakap Dug yang disuarakan oleh Bob Peterson sendiri.

Terkini selepas 12 tahun, filem ini menerima siri sampingan memfokuskan watak Dug iaitu Dug Days. Siri ini dilancarkan sempena Hari Anjing Antarabangsa.

Siri animasi ini mempunyai durasi yang pendek dan berlaku selepas filem Up di Paradise Falls. Ia akan memperlihatkan watak Dug yang lucu yang gembira dan teruja berada di lokasi baru. Siri animasi pendek ini akan menghiburkan anak-anak dan seisi keluarga 1 September akan datang di Malaysia melalui Disney+ Hotstar.

Sohor Kini