The Lion King adalah filem mengisahkan haiwan yang boleh bercakap dan merupakan animasi klasik popular daripada Disney. Dua tahun lepas, versi ‘aksi nyata’ filem ini telah ditayangkan. Ia sebenarnya adalah animasi CGI yang realistik yang mempunyai ciri seakan haiwan sebenar.

Filem ini juga diarahkan oleh Jon Favreau dan menampilkan Donald Glover sebagai Simba, Beyonce sebagai Nala, Seth Rogen sebagai Pumba, Chiwetel Ejiofor sebagai Scar, James Earl Jones kembali sebagai Mufasa dan ramai lagi. Filem ini sudah pun disahkan akan menerima prekuel pada tahun lalu.

Filem prekuel ini akan diarahkan oleh Barry Jenkins dan akan memfokuskan kisah asal-usul Mufasa. Terkini, dua pelakon baru untuk filem ini telah diumumkan iaitu Kelvin Harrison Jr. dan Aaron Pierre. Kelvin Harrison akan memainkan watak sebagai Taka iaitu nama asal bagi watak Scar dan Aaron Pierre pula akan memainkan watak Mufasa.

Filem prekuel ini juga akan meneruskan penggunaan teknologi animasi CGI realistik yang sama digunakan pada filem pertama. Butiran lain bagi filem ini masih belum didedahkan lagi, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini