Sekuel The Old Guard Akan Diarahkan Oleh Victoria Mahoney


The Old Guard adalah filem asli daripada Netflix yang mempunyai konsep menarik. Iaitu gabungan askar upahan dan juga elemen tidak boleh mati. Filem ini dibintangi oleh Charlize Theron dan dilihat menerima sambutan yang cukup baik.

Filem ini disiarkan di Netflix pada Julai tahun lalu dan kini, platform penstriman video popular ini mengumumkan kesinambungan kepada filem ini – The Old Guard 2. Apa yang menarik lagi adalah, filem ini akan diarahkan oleh pengarah Victoria Mahoney.

Victoria Mahoney mula mencipta nama selepas menjadi pembantu pengarah kepada J.J. Abrams untuk filem Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker. Beliau juga adalah peminat kepada filem ini dan turut diterima oleh barisan pelakon seperti Charlize Theron sendiri dan Beth Kono.

Sinopsis dan barisan pelakon serta tarikh siaran masih belum didedahkan lagi. Bagi anda yang ingin nantikan kesinambungan filem ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini