Cruella Akan Ke Disney+ HotStar Pada 3 September

Filem Cruella tidak ditayangkan di Malaysia kerana penangan pandemik memaksa penutupan kesemua panggung wayang tempatan. Di beberapa pasaran terpilih, ia ditayangkan menerusi Disney+ Premiere Access. Bagi mereka yang ingin menonton Cruella secara sah di Malaysia anda hanya perlu menanti sehingga 3 September ini.

Filem ini boleh ditonton oleh kesemua pelanggan Disney+ Hotstar pada tarikh tersebut tanpa bayaran tambahan. Walaupun sudah empat bulan ditayangkan, kami yakin masih ramai belum menontonnya. Filem ini merupakan prekuel kepada siri filem 101 Dalmations dan menunjukkan asal usul watak antagonis Cruella de Vil lakonan Emma Stone.

Sohor Kini