Di Cinemancon 2021 pagi tadi, tajuk rasmi untuk filem keempat The Matrix diumumkan secara rasmi sebagai The Matrix Resurrection. Selain tajuk rasmi, sebuah trailer pendek turut dipertontonkan kepada mereka yang hadir buat pertama kali.

Trailer masih belum diterbitkan untuk tontonan umum tetapi menunjukkan klip Neo lakonan Keanu Reeves bertemu dengan Trinity (Carrie Anne Moss) di sebuah kedai kopi dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Ini membuka persoalan bagaimanakah Resurrection akan menyabung cerita yang tamat di akhir Revolution pada tahun 2003.

Filem ini diarahkan oleh Lana Wachowski sahaja tanpa penglibatan Lilly Wachowski buat pertama kali. Sungguhpun begitu sebagai peminat siri ini kami tidak sabar untuk kembali mengekori Si Arnah Putih. Seperti kata Cypher, “fasten your seatbelt Dorothy because Kansas is going bye bye”

Sumber ScreenRant

Sohor Kini