Sonny Chiba, pelakon legenda dari Jepun meninggal dunia semalam akibat komplikasi Covid-19. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun mula dikenali penonton filem antarabangsa selepas memegang watak sebagai pandai besi Hattori Hanzo dalam siri Kill Bill dan juga ketua Yakuza dalam filem The Fast and The Furious Tokyo Drift.
Di kalangan peminat filem Asia, beliau mula dikenali kerana membintangi filem seni bela diri seperti Shogun’s Samurai dan memegang watak Wira Utama (Lord Conquerer) dalam filem The Storm Riders yang merupakan adaptasi komik popular Hong Kong Pedang Setiawan. Bagi mereka yang lebih berusia (seperti saya) Sonny Chiba juga menjadi suara kepada bapa Space Cop Gavan sepanjang siri yang ditayangkan dari tahun 1982 hingga 1983.