Mungkin anda tidak tahu, atau mungkin anda tahu. Tahu ke yang siri komedi muzikal Carpool Karaoke: The Series adalah rancangan asli Apple Music? Ia disiarkan di Apple Music dan Apple TV di Amerika Syarikat dan menyertakan James Corden sebagai hos utama dan sejumlah selebriti jemputan untuk karaoke bersama.

Sudah lebih setahun tiada musim baharu dan episod baharu, kerana Covid-19 dan terkini musim kelima telah disahkan. Apa yang mengejutkan adalah, siri ini telah dipindahkan ke Apple TV+ dan dikategorikan sebagai kandungan asli untuk platform ini. Dengan kandungan muzikal komedi sedang menjadi trend di TV+ seperti Mr. Corman, penambvahan Carpool Karaoke akan menjadikan ia lebih meriah.

Antara selebriti dalam musim ini adalah LeBron James dan James Corden; Shakira dan Trevor Noah; Queen Latifah dan Jada Pinkett Smith; John Legend, Alicia Keys dan Taraji P. Henson; pelakon-pelakon Stranger Things dan ramai lagi.

Sedikit informasi tambahan, siri ini turut menjadikan Apple memenangi anugerah Emmy pada 2018. Siri ini dihasilkan oleh CBS Studios bersama dengan Fulwell 73. James Corden dan Ben Winston adalah penciptanya serta penerbit Eric Pankowski. Siri ini dilihat masih tidak boleh ditonton di Apple TV+ di Malaysia, dan senarai siri ini juga dilihart telah dibuang di Apple TV dan Apple Music. Buat masa ini, sementara menantikan musim kelima siar dahulu episod lama di YouTube The Late Late Show with James Corden,

Sohor Kini