Disney+ Hotstar adalah platform penstriman dengan kandungan yang agak banyak. Ia tidak terhad kepada kandungan Disney sahaja, banhyak kandungan daripada Fox, filem-filem tempatan, siri-siri TV menarik atau juga animasi dan pelbagai pilihan dokumentari.

Sepanjang Ogos ini, ada banyak cerita seram yang boleh anda tonton ketika lockdown. Ada yang tempatan dan ada yang luar negara, ada yang memenangi anugerah ada juga yang biasa sahaja. Berikut adalah apa yang anda boleh saksikan;

1. Roh

Filem seram yang unik dan menarik. Mengisahkan seorang ibu dan dua arang anak yang diziarahi oleh seorang kanak-kanak perempuan misteri. Kanak-kanak perempuan ini mempunyai ramalan yang menggerunkan sehinggakan pelbagai perkara aneh berlaku yang menyeramkan.

2. Munafik

Munafik merupakan antara filem seram tempatan yang memuaskan apabila ditonton. Selepas kejayaan Jangan Pandang Belakang yang menerima pelbagai maklum balas positif, Munafik menjadi cubaan seterusnya yang berjaya. Mengisahkan seorang ustaz yang masih mengenang kematian si isteri, cuba merawati seorang pesakit yang dirasuki. Satu demi satu rahsia didedahkan, siapa yang baik dan siapa yang jahat – serta soalan paling penting, siapa yang munafik?

3. Ada Hantu

Sebuah filem seram komedi yang try hard, jika anda terlalu bosan dan tidak tahu ingin tonton filem seram apa atau filem komedi apa – Ada Hantu adalah filem seram lawak yang bolehlah kalau nak layan. Mengisahkan Aliff yang skeptikal mengenai perkara alam ghaib dan tidak percaya akan kewujudan hantu mencabar rakan-rakan untuk bukti hantu tidak wujud tidur di rumah banglo terbiar yang kononnya kediaman askar Jepun yang didera. Tetapi seperti biasa, manusia hanya mampu merancang dan apa yang dirancang tidak semestinya berjalan lancar.

4. Scream Queens

Sebuah siri seram komedi yang menampilkan pelbagai pelakon dan selebriti popular seperti Emma Roberts, Lea Michele, Ariana Grande, Nick Jonas, Jamie Lee Curtis dan ramai lagi. Sebuah rumah sororiti elit Kappa House dibuka untuk semua, sehinggalah satu hari pembunuh bersiri mula masuk dan menimbulkan huru-hara.

5. The Walking Dead

Siri zombi popular The Walking Dead sudah sampai ke musim kesebelas dan anda boleh saksikan siri TV ini di Disney+ Hotstar Malaysia. Jadi sementara menantikan siri baharu masih sempat untuk maratonton musim kesepuluh siri TV zombi ini. Musim kesebelas juga adalah musim terakhir siri ini, peminat siri ini boleh sama-sama nantikannya.

6. American Horror Stories – Musim 1

Siri ini adalah siri seram antologi. Ia merupakan siri sampingan kepada American Horror Story, tetapi dalam American Horror Stories ini masih akan ada watak-watak sedia dikenali kembali. Ia mempunyai tujuh episod dan akan menjelalah secara lebih mendalam mengenai peristiwa yang berlaku dalam siri asal.


Jika anda rasa ada banyak lagi kandungan seram lain, anda boleh beri kami cadangan apa yang lebih menarik. Kandungan seram dalam platform ini adalah kategori mesra semua dan bukannya seperti Netflix atau Shudder yang ngeri.

Sama-sama kita saksikan semua cerita ini.

Sohor Kini