Selepas kejayaan siri TV K-Drama konsep seram ngeri “grafik” Sweet Home dan siri TV Jepun permainan pertempuran royal Alice in Wonderland, Netflix sekali lagi hadir dengan sebuah siri TV aksi ganas seram ngeri yang gila. Kali ini ia adalah sebuah K-Drama dengan judul Squid Game.

Mengisahkan 456 peserta dalam sebuah permainan pertempuran royal, di mana mereka semua perlu lawan semasa sendiri tidak kira hidup atau mati untuk merebutkan ganjaran 45.6 bilion won atau sekitar RM166 juta. Setiap permainan mencabar dalam siri ini adalah berasaskan permainan klasik zaman kanak-kanak, cuma halangannya membunuh.

Seperti konsep escape room movie, peserta yang terpilih adalah sama ada terdesak, bijak, atau balas dendam. Dalam siri ini, 456 peserta adalah mereka yang amat memerlukan wang untuk teruskan kehidupan. Tetapi siapa sangka, permainan yang menjanjikan ganjaran wang – merebut nyawa mereka.

Siri TV ini akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 17 September akan datang.

Sohor Kini