Pada Disember lepas Sony melalui Funimation dan juga Aniplex telah mengumumkan membuat tawaran untuk mendapatkan platform penstriman anime dan manga Crunchyroll dari AT&T dengan harga harga $1.175 bilion (~RM4.78 bilion).

Hari ini, Sony dan juga AT&T telah mengumumkan yang pengambil-alihan tersebut telah selesai secara rasmi dan Crunchyroll secara rasmi menyertai Funimation dan Aniplex untuk memperluaskan lagi penawaran anime oleh Sony.

Presiden dan CEO untuk Sony telah mengatakan yang Crunchyroll telah menambah nilai yang sangat besar kepada penawaran anime mereka, dan menyatakan sasaran mereka adalah menghasilkan satu perkhidmatan langganan anime secara menyeluruh.

Mereka juga mengatakan yang ini tidak akan terhad kepada penstriman anime sahaja akan tetapi juga akan melibatkan tayangan di pawagam, acara, tontonan dari rumah, permainan video dan juga ke TV.

Sohor Kini