Kate adalah filem aksi yang ganas yang bakal disiarkan di Netflix tidak lama lagi. Filem ini menggunakan tema balas dendam yang digemari ramai, iaitu seakan John Wick, Nobody da banyak lagi.

Kate adalah seorang penjenayah yang gila ganas dan kejam. Selepas diracun oleh musuh, beliau hanya ada masa 24 jam untuk mencari dalangnya dan membalas dendam. Tiba-tiba, beliau menjadi rapat dengan anak kepada salah seorang mangsa beliau dan terlibat dalam pengembaraan balas dendam ini.

Dalam treler baharu yang dikongsi Netflix, filem dilihat turut melibatkan Yakuza. Kate dilihat dibantu oleh watak yang dilakonkan Woody Harrelson. Dengan badan yang semakin lumpuh hampir mati kerana diracun, beliau menjadi semakin gila dan ganas demi mencari penawar.

Menjadi persoalan, mampukah Kate selamat? Adakah Miku Martineau tahu identiti sebenar Kate?

Jika anda perasan warna-warni neon untuk sinematografi filem ini mirip dengan sebuah filem lama, anda tidak salah. Ini kerana Kate dihasilkan oleh penerbit yang menghasilkan filem Atomic Blonde.

Pengarah filem ini adalah Cedric Nicolas-Troyan, dengan skrip daripada Umair Aleem, degan penerbit Bryan Unkeless, Kelly McCormick dan Patrick Newall. Kate dilakonkan oleh Mary Elizabeth Winstead, Ani pula oleh Miku Martineau dan turut ditemani oleh Tadanobu Asano, Miyavi, Michiel Huisman, Jun Kunimura, dan Woody Harrelson.

Filem ini akan disiarkan pada 10 September akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini