See adalah siri TV asli Apple TV+ yang berlaku di masa hadapan, di mana bumi telah dilanda malapetaka dahsyat dan manusia perlu memulakan hidup semula seakan zaman batu. Spesis manusia kini buta, sejarah silam seperti teknologi, kemajuan dan lain-lain telah dilupakan dan ada bahasa baru telah dicipta.

Ia penuh dengan drama, aksi dan penceritaan yang menarik dan memberikan satu pengalaman menonton yang berbeza. Musim kedua bakal disiarkan tidak lama lagi dan kini, Apple telah kongsi video acah kedua bagi siri ini.

Kali ini, Baba Voss (Jason Momoa) perlu berusaha menyatukan keluarga beliau daripada perang di antara Kingdom of Paya dan Trivantian Republic. Tetapi adik beliau Edo Voss (Dave Bautista) yang kejam menjadi halangan. Video acah memperlihatkan lebih drama kekeluargaan, dan aksi apabila keluarga adalah segalanya. Persoalan, adakah hubungan abang adik ini akan menjadi baik atau musuh selamanya?

Musim kedua See akan mempunyai lapan episod, dengan setiap episod disiarkan setiap minggu bermula 27 Ogos akan datang.

Sohor Kini