Lucifer akan tamat dengan musim keenam, yang mana akan disiarkan di Netflix secara eksklusif pada 10 September tahun ini. Tarikh siaran bagi musim akhir Lucifer ini diumumkan oleh Netflix, melalui satu video ringkas. Musim akhir ini akan mempunyai 10 episod.

Jika anda sudah tonton musim kelima, anda tahu apa yang berlaku kepada si Iblis Lucifer Morningstar selepas bertempur dengan adiknya Michael. Disebabkan apa yang berlaku pada musim lepas, dunia mungkin berubah. Dunia kini berada dalam tangan Lucifer, sama ada beliau akan bertanggungjawab atau dunia akan menjadi bebas sepenuhnya hanya akan terjawab sekitar 1 bulan 2 minggu sahaja lagi.

Musim ini dikatakan akan menjadi musim yang penuh emosi. Video juga adalah montaj gabungan klip-klip daripada musim pertama sehingga kelima dengan satu klip musim keenam Lucifer menyatakan ia adalah hari terakhir beliau di LA.

Sohor Kini