Jordan Peele adalah seorang pelakon dan pelawak yang cukup terkenal. Nama beliau menjadi semakin terkenal selepas hadir dengan rancangan komedi Key-Peele bersama dengan Keegan-Michael Key. Sejak 2016 beliau mula menjadi pencipta filem dan karya beliau yang orang ramai ingat adalah filem-filem seram beliau.

Antaranya adalah Us dan Get Out yang memenangi anugerah lakon layar asal Oscars pada tahun 2018. Filem seram Candyman yang bakal tiba tidak lama lagi juga adalah daripada beliau. Terkini, Jordan telah menciap poster bagi filem seram baharu – Nope.

Poster ini memperlihatkan suasana malam dengan satu awan misteri dengan tali yang dipenuhi bendera seakan menuju ke sebuah bandar terpencil di kawasan pergunungan. Masih tiada sebarang sinopsis yang diberikan. Tetapi pelakon sama daripada filem Get Out Daniel Kaluuya akan kembali.

Selain itu, Keke Palmer, Steven Yeun, Barbie Ferreira, Brandon Perea dan Michael Wincott turut menyertai dalam barisan pelakon. Filem ini akan ditayangkan pada 22 Julai 2022. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini