Skip to main content

Seperti yang sedia maklum, Sucker Punch bakal memperkenalkan kandungan tambahan Pulau Iki bersama-sama dengan permainan Ghost of Tsushima Director’s Cut.

Sony memperkenalkan video acah baru yang memperlihatkan plot kandungan tambahan Pulau Iki ini, bersama-sama antagonis Mongol baru yang dinamakan The Eagle yang dikatakan boleh mengawal minda rakyat pulau tersebut.

Dalam pada itu, akaun Twitter Sucker Punch juga mengacahkan bahawa pemain akan boleh mengusap lebih banyak haiwan dengan kandungan tambahan ini, termasuklah kucing, rusa dan monyet yang akan mendiami kolam air panas yang tersebar di kawasan-kawasan pulau tersebut.

Ini adalah penambahan kepada sebelum ini apabila pemain boleh mengusap rubah dan anjing dalam permainan Ghost of Tsushima asal.

Ghost of Tsushima Director’s Cut dan penambahan kandungan Pulau Iki akan tiba di PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 20 Ogos kelak.

Leave a Reply