Jason Momoa kali ini beraksi sebagai seorang bapa yang ingin melindungi anak perempuan daripada ancaman penjahat. Filem aksi ini bertemakan balas dendam dan konspirasi kematian isteri beliau. Boleh dikatakan satu lagi filem aksi balas dendam ala John Wick.

Filem ini adalah Sweet Girl, Netflix baru-baru ini telah mempertontonkan video acah bagi filem ini.

Jason Momoa berlakon sebagai Ray Cooper, seorang bapa penyayang yang ingin membalas dendam kepada sebuah syarikat farmaseutikal. Isteri beliau lakonan Adria Arjona yang menghidapi kanser, mati akibat ubat daripada syarikat zalim ini. Dalam perjalanan membalas dendam ini, kematian isteri beliau bukan sahaja kerana syarikat farmaseutikal yang korup – tetapi ada misteri yang mengancam Ray dan anak perempuan beliau Rachel lakonan Isabela Merced.

Berdasarkan video acah, filem ini dilihat padat dengan aksi. Tetapi mungkin elemen klise drama konspirasi/balas dendam yang sudah banyak ditayangkan dan disiarkan akan ada dalam filem ini. Tetapi aksi Jason Momoa dan lakonan Isabela mungkin akan memberi pengalaman menonton yang sedikit berbeza.

Filem ini akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 20 Ogos akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini