The Tomorrow War adalah filem baharu yang dibincangkan oleh orang ramai sekarang. Filem ini bukanlah filem yang terbaik atau paling menarik. Tetapi kalau sengaja ingin layan filem aksi sains fiksyen, konsep rentas masa, nilai kekeluargaan – filem untuk dirim dari rumah, Tomorrow War boleh dikatakan cukup memuaskan.

Veteran askar yang kini cuba hidup sebagai oran guru, dipilih menjadi pahlawan di masa hadapan ole wakil-wakil anak-anak muda sekarang yang sudah dewasa. Musuh utama adalh makhluk asing ganas, ngeri seakan makhluk dalam Resident Evil. Dengan penyampaian cerita yang okay, CGI an visual yang cantik, perjalanan cerita yang ringkas – filem ni digemari orang ramai.

Menurut Instagram Chris Pratt, filem ini memecah rekod penstriman dalam masa48 jam sebagai filem nombor satu dunia. Filem ini baru disiarkan di Amazon Prime Video 2 Julai lepas, pada awalnya hanyalah filem Skydance dan Paramount, namun disebabkan pandemik – ia kini menjadi filem asli Prime Video dan Skydance. Bajet keseluruhan adalah kurang $160 juta dan kini mereka dilaporkan sedang bersiap sedia untuk filem sekuel pula. Namun masih tiada butiran mengenai jalan cerita filem dan siapakah watak baharu dan sebagainya.

Chris McKay akan kekal sebagai pengarah, Zach Dean sebagai penulis skrip, manakala Chrs Pratt, Yvonne Strahovski, J.K. Simmons, Betty Gilpin dann Sam Richardson akan kekal memaika watak masing-masing.

Sohor Kini