Tahun ini, acara San Diego Comic-Con akan diadakan secara maya melalui San Diego [email protected]. Acara ini adalah acara yang digemari oleh semua peminat filem dan komik, lebih-lebih lagi tema adiwira seperti filem Marvel Studios dan DC Films. Setiap kali acara ini diadakan, pelbagai informasi baharu didedahkan, video acah eksklusif diperlihatkan dan banyak lagi.

Tahun ini, seperti tahun lepas Marvel Stduios dan DC Films tidak akan menghadirkan diri ke acara [email protected] ini. Disney sudah mengumumkan pelbagai informasi menarik mengenai filem-filem MCU fasa ke-4 dan siri-siri TV Disney+ MCU yang berkait dengan filem. Mungkin sebab itu, mereka tidak perlu hadir kerana hari pelabur mereka dan juga acara D23.

Untuk DC Films pula, mereka sudah ada acara tersendiri DC FanDome, yang akan diadakan setiap Oktober. Tetapi Warner Bros. Television masih akan hadirkan diri untuk siri TV seperti DC’s Legends of Tomorrow. Sony Pictures juga mungkin akan memperlihatkan Spider-Man: No Way Home (promosi dan pemasaran Spider-Man Tom Holland adalah tanggungjawab Sony), Venom: Let There Be Carnage atau mungkin juga Morbius.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini