Seperti Sony yang ada video berita di YouTube dengan J. Jonah Jameson sebagai hos untuk berita-berita hangat Spider-Man. Amazon juga ada saluran YouTube khas Vought International untuk berita-berita yang berlaku dalam dunia The Boys. Video berita pertama adalah Seven on 7 with Cameron Coleman, yang menceritakan plot hole musim kedua.

Video berita ini adalah parodi kepada apa yang berluka di dunia sebenar. Menurut Amazon, video-video ini adalah siri-web untuk menceritakan peristiwa yang berlaku di antara musim kedua dan musim ketiga. Video ini akan diterbitkan pada setiap 7 hari bulan, setiap bulan dengan tujuh berita baharu serta iklan. Kesemuanya adalah parodi dunia sebenar yang berlaku dalam dunia The Boys.

Melalui siri-web ini, mereka mengharapkan lebih banyak butiran dan informasi boleh didedahkan serta dikongsi – tanpa mengganggu jalan cerita siri TV. Bagi yang inginkan penjelasan lanjut, siri-web ini adalah untuk semua.

Sohor Kini