Rockstar Games telah mengumumkan yang kandungan seterusnya untuk Red Dead Online akan bermula pada 13 Julai ini dan pemain boleh memulakannya secara percuma. Di dalam kandungan ini, pemain digalakkan untuk melakukan pelbagai jenayah.

Pemain akan mendapat jenis misi baharu iaitu Crimes yang memerlukan pemain untuk melakukan rompakan ringkas, ataupun gabungan pelbagai aktiviti jenayah untuk mendapatkan mata wang permainan baharu iaitu “Capitale”. Selain melakukan Crimes, pemain juga boleh mencari NPC yang mempunyai Capitale dan mengambilnya daripada mereka.

Selepas mengumpul Capitale yang mencukupi, pemain kemudiannya boleh mendapatkan misi yang lebih besar iaitu Opportunities yang akan diberikan oleh Guido Martelli. Misi ini memfokuskan kepada melawan Senator Lemoyne yang cuba mengganggu operasi Bronte.

Selain itu, Battle Pass baharu juga diperkenalkan bersempena dengan kandungan ini iaitu Quick Draw Club. Ia akan dibahagikan kepada 4 pass yang lebih pendek iaitu 25 tahap sahaja untuk setiap satunya. Membeli Battle Pass ini akan memberikan pemain pelbagai ganjaran tambahan.

Red Dead Online sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia boleh didapatkan bersama dengan Red Dead Redemption 2 ataupun dibeli secara berasingan.

Sohor Kini