Defending Jacob adalah antara siri TV serius yang ada dalam Apple TV+. Ia merupakan drama keluarga dengan tema jenayah, penyiasatan dan pembunuhan. Pelakon utama adalah Chris Evans, iaitu bapa kepada Jacob. Jacob telah dituduh membunuh seseorang dan siri TV ini menceritakan sama ada adakah Jacob bersalah atau tidak?

Siri TV ini juga adalah antara kegemaran saya sendiri, kerana ia mempunyai penceritaan yang serius dan baik. Ia bercampur dengan jalan cerita yang boleh diramalkan, klise serta plot twist yang berada di luar jangkaan. Defending Jacob diadaptasi daripada novel dengan judul sama, karya William Landay.

Melalui 9to5Mac, siri TV ini dilihat menjadi siri TV asli Apple TV+ pertama yang menerima versi fizikal. Defending Jacob kini ditawarkan dalam bentuk DVD dan juga Blu-Ray. Ia dilihat sudah mula dijual di laman Amazon, pada harga bermula kurang RM90.

Sohor Kini