Chris Stuckmann adalah seorang pengkritik dan pengulas filem, animasi, siri TV dan kadangkala permainan video yang cukup terkenal di YouTube. Beliau mempunyai hampir 2 juta langganan YouTube dan mereka yang mengikuti video beliau pasti tahu yang beliau minat dengan filem seram dan bercita-cita untuk hadir dengan filem tersendiri.

Terkini, cita-cita beliau tercapai selepas Paper Street Pictures (The Pale Door) memilih beliau sebagai penulis dan pengarah bagi filem Shelby Oaks. Filem mengisahkan pasukan penyiasat paranormal The Paranormal Paranoids, iaitu sekumpulan remaja pada sekitar pertengahan tahun 2000. Menggunakan konsep penceritaan reja filem yang ditemui (found footage), seorang demi seorang penyiasat ini hilang.

Chris Stuckmann turut akan menerbit filem ini bersama-sama dengan Aaron B Koontz, Cameron Burns dan Ashleigh Snead sebagai wakil Paper Street. Sean E. DeMott dan Paul Holbrook pula adalah penerbit eksekutif. Tarikh siaran/tayangan dan butiran lanjut filem ini masih tidak didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini