Clifford the Big Red Dog adalah kisah dongeng dalam buku kanak-kanak. Ia diterbitkan pada 1963 dan ditulis oleh Norman Bridwell. Buku ini cukup popular sehinggakan ia diadaptasi ke beberapa siri animasi dan juga filem animasi. Ia mengisahkan anjing merah ajaib bersaiz gergasi, yang hanya berusia dua tahun dan juga tuannya Emily Elizabeth iaitu kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Paramount Pictures telah mengadaptasi buku ini kepada filem aksi nyata, di mana Clifford adalah anjing CGI bersama-sama dengan watak-watak manusia. Filem ini adalah filem kedua selepas filem animasi Clifford’s Really Big Movie yang ditayangkan pada 2004. Filem ini mengisahkan Emily Elizabeth (lakonan Darby Camp) yang bertemu dengan seorang penyelamat haiwan ajaib (lakonan John Cleese), telah mengambil anak anjing berwarna merah yang misteri.

Sementara ibu Emily (lakonan Sienna Guillory) ke kerja, beliau dijaga oleh pakciknya Casey (lakonan Jack Whitehall). Keesoka hari selepas membela Clifford, anjing merah ini membesar secara tiba-tiba ke saiz gergasi 10-kaki. Sepanjang filem ini, ia memperlihatkan Emily dan Casey menjaga anjing ini, mendidiknya dan cuba belajar mengenainya. Pelakon Tony Hale, David Alan Grier dan Russell Wong turut terbabit dalam filem ini.

Filem ini adalah daripada Paramount Pictures dengan kerjasama eOne Films dan New Republic Pictures, sementara Scholastic Entertainment/Kerner Entertainment Company Production terlibat dengan produksi juga. Diarahkan oleh Walt Becker, skrip oleh Jay Scherick, David Ronn dan Blaise Hemingway, idea cerita oleh Justin Malen dan Ellen Rapoport, diterbit oleh Jordan Kerner, p.g.a., Iole Lucchese dan Brian Oliver, Bradley J. Fischer, Valerii An, Brian Bell, Caitlin Friedman, Deborah Forte dan Lisa Crnic sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini akan ditayangkan pada 16 September tahun ini.

Sohor Kini