Sebelum The CW ditubuhkan, siri TV DC yang popular adalah Smallville yang dihasilkan oleh The WB Television Network (The WB). Ia adalah siri TV mengenai Superman dengan lakonan Tom Welling sebagai Clark Kent/Superman. Siri TV ini mula disiarkan pada Oktober 2001 dan selepas musim kelima, The WB bergabung dengan The United Paramount Network (UPN) menjadi The CW. Siri ini tamat pada Mei 2011 dengan 10 musim.

Sebelum Lois Lane, Clark bercinta dengan Lana Lang, lakonan Kristin Kreuk. Selepas empat musim memfokuskan kehidupan remaja, siri TV ini mula fokus kepada kehidupan dewasa dengan Lois Lane lakonan Erica Durance dan turut mempunyai penampilan watak Lex Luthor lakonan Michael Rosenbaum. Khusus untuk peminat, Tom Welling dan Erica Durance kembali memainkan watak masing-masing dalam episod Crisis On Infinite Earth.

Terkini, Tom Welling mendedahkan yang beliau dan Michael Rosenbaum akan kembali sebagai Superman dan Lex Luthor dalam siri animasi baharu Smallville. Menurut beliau, siri animasi ini turut akan cuba kembalikan seramai boleh pelakon asal sebagai pelakon suara untuk watak masing-masing. Peminat yang menantikan kesinambungan siri TV ini akhirnya akan dapat ketahui apa yang berlaku selepas episod akhir, iaitu Lex Luthor menjadi Presiden Amerika Syarikat dan Clark dan Lois sudah berkahwin dan mendedahkan kostum dengan rekaan mirip Superman versi Christopher Reeve (Superman Returns, yang turut kembali dalam episod rentas-siri sebagai Superman jahat).

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai siri animasi ini tidak didedahkan lagi kerana ia masih di awal pembangunan. Apakah jalan ceritanya, bilakah tarikh siaran dan platform manakah ia boleh distrim/ditonton – kita masih perlu nantikan.

Sohor Kini