Siri permainan JRPG Final Fantasy boleh dikatakan salah satu daripada permainan yang cukup menarik dimana ia mempunyai naratif unik untuk setiap permainannya. Salah satu daripada permainan tersebut, Final Fantasy IX merupakan salah satu daripada judul yang diminati ramai kerana jalan ceritanya yang lebih klasik apabila dibandingkan dengan dua permainan sebelumnya.

Terkini, ia dilaporkan bahawa Square-Enix sedang berada dalam fasa perbincangan untuk membangunkan sebuah siri animasi berdasarkan permainan JRPG tersebut. Studio yang nampaknya akan bertanggungjawab untuk membangunkan siri ini ialah Cyber Group Studios, yang juga akan bertanggungjawab untuk perlesenan siri animasi ini secara global.

Pembangunan siri animasi Final Fantasy IX masih berada dalam fasa perbincangan awal, dan hanya akan mula dibangunkan pada penghujung tahun ini, ataupun awal tahun hadapan. Jumlah episod yang akan hadir juga tidak diketahui lagi setakat ini.

Jalan cerita Final Fantasy IX berkisarkan sekitar watak Zidane, seorang pencuri dan Garnet, seorang puteri negara Alexandria yang mana pada mulanya adalah sebahagian daripada plot penculikan, tetapi kemudiannya apabila mendapat tahu bahawa permaisuri negara Alexandria sebenarnya sedang bersedia untuk berperang dengan negara-negara lain.

Sohor Kini