Groot merupakan antara watak MCU yang digemari ramai. Watak ini dilakonkan oleh Vin Diesel (lakonan suara) dalam MCU. Groot mula muncul dalam filem Guardians of the Galaxy sebagai makhluk asing spesis seakan pokok, yang hanya boleh bercakap perkataan I am Groot. Kali pertama watak ini muncul adalah sebagai makhluk asing dewasa dan selepas mengorbankan diri dalam filem pertama, beliau dilihat tumbuh kembali menjadi Babu Groot dan membesar menjadi Teen Groot.

Kali terakhir beliau beraksi dalam filem MCU adalah dalam Endgame. Terkini dalam temubual antara Comicbook dan Vin Diesel, pelakon ini mengesahkan yang watak beliau akan kembali ke planet asal iaitu Planet X dalam MCU. Tetapi beliau tidak mendedahkan sama ada akan kembali dalam filem Thor: Love and Thunder, atau siri Disney+ I Am Groot, atau juga filem sekuel Guardians of the Galaxy Vol. 3.

Dalam filem pertama, planet asal Groot turut digelar sebagai Taluhnia. Namun, dengan butiran yang secebis ini – kita tidak boleh jangka sama ada adakah Groot akan menjadi fokus utama dalam filem akan datang. Mungkin, ia akan diceritakan dalam filem da kemudian dikembangkan dalam siri TV yang sudah dirancang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini