Netflix, melalui acara Geeked Week mereka baru-baru ini telah membuat satu lagi pengumuman besar bahawa mereka akan membangunkan sebuah siri anime yang bertajuk Twilight of the Gods yang berkisarkan sekitar hidup tuhan-tuhan dalam mitos Norse.

Tidak banyak yang diketahui mengenai siri anime ini, tetapi dua pengumuman besar yang dibuat mengenai siri ini ialah penglibatan Zack Snyder sebagai pengarah eksekutif siri anime ini, dan juga 12 nama pelakon suara yang akan terlibat dalam projek ini.

Diantara nama-nama pelakon terkenal yang akan terlibat dalam siri ini termasuklah John Noble, Kristopher Hivju, Pilou Asbæk, Jamie Chung dan John Noble.

Setakat ini, butiran lanjut seperti jalan cerita dan tarikh siaran siri anime ini masih tidak diketahui lagi.

Sohor Kini