Bersempena acara Netflix Geeked yang sedang berlangsung, mereka juga memperlihatkan video acah pertama untuk siri animasi Masters of The Universe: Revelation yang merupakan sambungan kepada siri animasi popular zaman 1980-an, iaitu He-Man.

Malah, jika anda melihat kepada video acah ini, watak Sorceress of Castle Greyskull mengatakan kepada Skeletor, iaitu watak antagonis siri ini bahawa walaupun dia cuba untuk menawan Castle Greyskull, dia sentiasa gagal melakukannya sehingga sekarang.

Masters of The Universe: Revelation akan mula disiarkan di Netflix pada 23 Julai kelak, dan musim pertama siri animasi ini akan hadir dengan lima episod kesemuanya.

Sohor Kini