Filem Cruella kini sedang ditayangkan di Amerika Syarikat serentak dengan akses awal Premiere Access di Disney. Filem ini dilihat menerima sambutan yang baik, kerana Disney sekali lagi kembali lagi dengan filem solo memfokuskan watak penjahat selepas Maleficent.

Filem ini mengisahkan asal-usul Cruella de Vil, iaitu seorang pereka fesyen kejam yang menginginkan kulit anak-anak anjing bertompok hitam – Dalmatian. Watak antagonis ini dilakonkan oleh Emma Stone dan berlaku pada tahun 1970-an, dengan memperlihatkan bagaimana Cruella “hidup”. Menurut The Hollywood Reporter, filem ini menerima sambutan yang baik di kedua-dua Box Office dan Disney+ Premiere Access. Rotten Tomatoes juga menerima kritikan ramai (penonton 97%, pengkritik 74%).

Disebabkan kejayaan ini, filem ini akan diteruskan dengan sekuel. Emma Stone dikatakan akan kembali melakonkan watak ini bersama-sama dengan gandingan pengarah dan penulis skrip Craig Gillespie dan Tony McNamara. Filem Cruella akan disiarkan di Disney+ Hotstar sekitar Ogos kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini